Plant Factory & Indoor Farming - Nice To Have?

Plant Factory & Indoor Farming - Nice To Have?

1. Pagi ini #teamtoclan telah menghadiri satu jemputan workshop bertajuk "Use of LED Light in Plant Factory & Indoor Farming" yang telah dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Fakulti Pertanian UPM Serdang.

2. Indoor Farming - bukanlah sesuatu yang baru. Satu dunia sudah pun menjalankan kegiatan ini sejak sekian lama terutamanya di negara negara Barat empat musim. Kekangan cuaca menyebabkan mereka terus menjalankan aktiviti indoor farming ini secara aktif dengan pelbagai inovasi baru terutamanya berkaitan penggunaan "grow light" yang merupakan elemen terpenting dalam aktiviti indoor farming.

3. Secara dasarnya, pelaburan infra yang tinggi diperlukan untuk aktiviti indoor farming. Ini juga termasuk kos overhead dan lain lain kos yang berkaitan dengannya. ROI perlu dikira dengan baik bagi memberi pulangan pelaburan dlm masa yang singkat. 

4. ROI yang baik bermakna crop yang dipilih untuk ditanam juga adalah yang terbaik atau mempunyai nilai pasaran yang tinggi! Jika anda melabur berjuta ringgit untuk kos infra, dan memilih untuk menanam sayuran seperti sawi atau kailan, agak agak berapa tahun utk mendapat kembali ROI?

5. So, apakah yang dikatakan sebagai "high value" crop ini? jika ditanya, semua sudah pasti akan mengatakan Cannabis! 

6. Persoalan seterusnya, apakah Factory Plant & Indoor Farming ini sesuai atau perlu di promosi di negara kita? Negara yang menerima cahaya matahari 365 hari setahun, 12 jam sehari ini? Apakah dengan pelaburan kos infra yang tinggi ini akan mendapat ROI yang ideal? 

7. Secara ilmiah, kita tidak boleh menafikan setiap teknologi serta inovasi yang baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ini. Cuba dan terus mencuba.....

#terusmenghasut